REDHA ATAU TDK REDHA KPD NAFSU PUNCA MELAKUKAN MAKSIAT ATAU KETAATAN ADALAH BERSANDARKAN NIAT KEPADA APA?
INDUK SEGALA MAKSIAT, SYAHWAT DAN KELALAIAN ADALAH REDHA TERHADAP NAFSU DAN SUMBER SEGALA TAAT, TERPELIHARA DIRI (DARI SYAHWAT) DAN BANGUN (PADA TAAT) ADALAH TIDAK REDHA KPD NAFSU.
BERSAHABAT DGN ORG JAHIL YG TDK MENURUT HAWA NAFSU LBH BAIK DRPD BERSAHABAT DGN ORG ALIM YG TUNDUK DAN KALAH KPD NAFSU. ILMU APAKAH YG DPT DIPANGGIL BAGI ORG ALIM YG DITAWAN OLEH NAFSUNYA, SEBALIKNYA KEJAHILAN APAKAH YG DPT DISEBUTKAN BAGI SESEORG YG SDH DPT MENGEKANG NAFSUNYA.
Hikmat ini memaparkan sifat iblis yg bercanggah dgn kehendak Allah dlm sudut mengabdikan diri kepada Allah (ubudiyah). Hikmat 43 ini pula akan menghuraikan nafsu, yg biasa dipanggil hawa nafsu. Terdpt perbezaan antara sifat iblis dgn hawa nafsu. Sifat iblis adalah pendtg haram sementara hawa nafsu adalah tuan rumah yg mengizinkan pendtg haram tinggal di rumahnya. Tdk mungkin ada sifat yg menyalahi ubudiyah jika tdk ada hawa nafsu. Malaikat tdk mempunyai hawa nafsu, sbb itu mrk sentiasa taat dan menjlnkan tugas mrk dgn sempurna, malah mrk tdk tahu berbuat derhaka kpd Allah. Matahari tdk ada hawa nafsu,sbb itu ia tidak menyimpang dari orbitnya. Manusia mempunyai hawa nafsu sbb itu manusia blh berbuat apa saja demi memuaskan keinginannya dan blh lari dr jln lurus yg dibentangkan kpd mrk.
Iblis dan kuncu-kuncunya iaitu syaitan bertindak memberi saranan dan cadangan tetapi tidak berkuasa menggerakkan mana-mana anggota manusia spy melakukan sesuatu yg dia ingini. Tetapi, jika hawa nafsu menerima saranan dan cadangan iblis itu maka hawa nafsu berkuasa memaksa anggota tubuh badannya spy berbuat sebagaimana yg disarankan oleh iblis itu. Iblis menyalurkan sifat-sifat, dan hawa nafsulah yg menerima serta memakai sifat-sifat tersebut. Satu perkara yg ketara adalah saranan atau idea yg disampaikan oleh iblis dan syaitan kpd hawa nafsu itu dirasai oleh hawa nafsu bhw saranan itu dtg dari dirinya sendiri, bukan disalurkan kpdnya dari sumber lain.
Hawa nafsu akan mempertahankan pendpt iblis dan syaitan yg diterimanya itu seperti dia mempertahankan pendptnya sendiri bahkan dia mendabik dada mengakui bahawa pendpt tersebut adalah pendapatnya sendiri (yg kononnya dtgnya ilham dari ALLAH). Karl Marx yg menyebarkan fahaman tdk bertuhan tidak mengatakan fahaman itu sebagai rencana iblis tetapi dia mengakui bhw dialah yg menemui fahaman tersebut.Pendirian mrk kebanyakkan tlh serap dalam diri bahawa kehidupan mrk akan bahagia stlh menemui kematian.Doa dan ucapan yg manis-manis diucapkan oleh orang alim dari kalangan mrk ini memukau golongan tersebut. Dari itu mrk bebas melakukan apa sahaja utk berhibur dan berseronok.
Peter yg menyebarkan fahaman Tuhan tiga dlm satu tidak mengatakan iblis yg mengajarnya tetapi mengatakan dia menerima wahyu dari Tuhan. Begitulah kebodohan dan kesombongan hawa nafsu yang tidak sedar dirinya ditunggangi oleh iblis dan syaitan. Apabila dia menerima cadangan dari iblis dan syaitan dia derhaka kpd ALLAH dan melakukan syirik terhdp Allah.
Hawa nafsu bukan setakat mampu menerima rangsangan dari iblis dan syaitan malah dia sendiri berupaya merangsang dirinya sendiri tanpa dirangsang oleh iblis dan syaitan. Rangsangan yg muncul dari hawa nafsu sendiri mengarah kpd melakukan maksiat adalah utk melepaskan tekanan perasaan yg tidak puas dan menyedapkan, memenuhi tuntutan syahwat dan asyik dgn perkara yg melalaikan. Apabila iblis dan syaitan memberi rangsangan yg sesuai dgn sifat nafsu itu sendiri mudahlah dia melakukan maksiat dan kemungkaran. Dia tdk berasa sedih bila berbuat kejhtn dan tidak berasa rugi bila hanyut di dalam lautan kelalaian. Apa yg penting baginya ialah memenuhi apa yang dia ingini tanpa menghiraukan akibatnya.
Seseorg yg diistilahkan sebagai jahil tetapi tidak menurut hawa nafsu, tidak ada padanya sifat megah, sombong, takbur dan bodoh. Dia boleh tunduk kpd kebenaran jika kebenaran itu pahit utk ditelannya. Dia blh juga menyampaikan kebenaran yg diketahuinya kpd orang lain. Jadi, kebodohan apakah yg blh dikatakan kpd org seperti ini yg bersedia menerima dan menyampaikan kebenaran. Org yg diistilahkan sebagai alim pula, bagaimana blh dikatakan alim jika dia menurut hawa nafsunya, memakai sifat bodoh dan sombong, menolak kebenaran jika dtg dr org lain atau tdk secucuk dgn kehdk nafsunya.
Org alim yg menurut hawa nafsu tdk dpt mengjk manusia utk mendekatkan diri kpd Allah, sebaliknya mengajak mrk menyembah ilmunya. Manusia lain menjd alat baginya utk menaikkan ego dirinya sendiri. Oleh yg demikian adalah lebih baik jika bersahabat dgn org jahil yg tdk tunduk kpd hawa nafsunya. Kejahilan tdk menghalangnya utk mengenali kebenaran dan dia juga mampu memberi sokongan ke arah kebenaran.
Sifat iblis adalah hijab(benteng) DI LUAR hati dan sifat hawa nafsu adalah hijab(benteng) DI DLM hati. Jika hijab diluar disingkapkan dgn tenaga kebenaran, maka hijab di dlm ini juga perlu disingkapkan dgn tenaga kebenaran. Nafsu mesti ditundukkan kpd kebenaran. Pekerjaan ini bknlah mdh krn nafsu kita adalah diri kita sendiri. Tdk ada beza pd hakikatnya di antara nafsu, hati dgn diri. MEMERANGI HAWA NAFSU BERERTI MEMERANGI DIRI SENDIRI.
Di dlm diri sendiri itu berkumpul kemahuan, cita-cita, ilmu pengetahuan dan lain-lain. Apabila mahu berperang dgn diri sendiri tdk cukup dgn meminta pertolongan kpd diri sendiri,terpaksa memerlukan bantuan daripada pakar ilmu tasauf serta amalan zikir yg disampaikan. Ilmu sahaja tdk berdaya menentang hawa nafsu krn ilmu adalah alatnya dan alat akan patuh kpd tuannya.
Perbahasan ilmu yg berlarutan akn menmbhkan kekeliruan dan akn MENEGUHKAN NAFSU. Walaupun memiliki kefahaman ilmu Makrifat yg tinggi pun tidak blh digunakan utk melawan hawa nafsu krn jika makrifat digunakan ia akan menarik ke dlm ilmu, maka terjadilah yg serupa. Oleh itu jgn meminta tolong kpd ilmu dan jgn meminta bantuan makrifat utk melawan nafsu tetapi LARILAH kpd sifu yg pakar dlm tasaufnya dan larilah kpd Allah. Menjeritlah sekuat-kuat hati,Menangislah bagaikan menitiskan air mata darah sekalipun dan pintalah pertolonganNya. Istiqamah atau tetap di dlm ubudiyah, menunaikan kewajipan sambil terus berserah diri kpd Allah, itulah kekuatan yg dpt menumpaskan hawa nafsu. Jgn sekali-kali menuntut kekeramatan krn ia juga menjadi alat hawa nafsu.
Tetaplah di dlm zikir-selawat-meditasi dan ubudiyah lain, tdak berubah keyakinan terhdp Allah, kekuasanNya, kebijaksanaanNya dan ketuhananNya baik ketika sihat atau sakit, senang atau susah, kaya atau miskin, suka atau duka. Apabila wujud sifat redha kpd ketentuan Allah,itu tandanya hawa nafsu sdh tunduk kpd kebenaran.Tetapi ianya memakan masa yg lama utk berhempas pulas dgn perkara ini.Namunnnnnnn.................Teruskanlah usaha ini sehingga akan merasai nikmat kesengsaraan ini dan jgn berputus asa dlm mencari kebenaran hakikat diri
1 comment:
assalamualaikum....
jgn meminta tolong kpd ilmu dan jgn meminta bantuan makrifat utk melawan nafsu......
pintalah pertolonganNya. Istiqamah atau tetap di dlm ubudiyah, menunaikan kewajipan sambil terus berserah diri kpd Allah, itulah kekuatan yg dpt menumpaskan hawa nafsu. Jgn sekali-kali menuntut kekeramatan krn ia juga menjadi alat hawa nafsu.
terima kaseh kerana mendedahkan pensucian membuka jalan yang terang sungguh amat beerti bagi yang hendak memahami sesuatu keruan.... terima kasih sekali kerana entry yang benar2 menyuluh jalan mustaqim.... ada bunyi krekkk!!!! kat hati aku nihh
namun....
ada lagi kekalutan...
apa bezanya redho dengan ikhlas
Post a Comment