Saturday, March 20, 2010

SUNNAT WAJIB

Salamualaikum....salam sejahtera buat sidang ahli ziarah blog....malam ini saya nak huraikan  sambungan bab siapakah mursyid dan kenapa kita memerlukan mereka.Dari sudut keutamaan dan pendedahan mungkin kita mendptkan suatu pendekatan yg diselimuti suasana kurang kesungguhan dlm mempelajari ilmu Tasauf. Ia ada kaitan rapat dgn sejarah perkembangan ilmu dlm dunia Islam yg diselangi berbagai cita rasa dan pengaruh kepimpinan, dan pilihan mereka sendiri. Juga peranan musuh menfitnah ilmu ini dgn menggunakan lidah ilmuan islam didikan mereka.Dari itu juga wujudnya ramai kalangan org-org yg beragama islam dan yg bukan beragama islam mencari jln utk meruntuhkan dan menghancurkan perkembangan ilmu tasauf dikacamata dunia... kenapakah perkara ini berlaku?...fikir-fikirkanlah.

Nabi Muhammad saw berperanan penting dlm pelbagai bidang kehidupan umat Islam.Selain tugas kerasulannya, Baginda saw juga seorang pemimpin negara dan reformer sosial.Semua lapangan kerja dunia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara yg paling menonjol, Baginda saw adalah seorang sufi atau pengamal Tasauf.Namun ramai yg tdk sedar keistimewaan rasulullah. Amalan Baginda saw sebagai ahli sufi sebenarnya telah disampaikan kpd para Sahabatnya mengikut darjat kebijaksaan ilmu rasulullah dari sudut ilmu tabligh(disampaikan ilmu kpd semua golongan) atau ilmu ta'mur(disampaikan mengikut darjat iman seseorg) ataupun ilmu takhyir(disampaikan ilmunya secara rahsia dan yg terpilih sahaja).Sejarah juga tlh byk merakam kehidupan zuhud para Sahabat-sahabat yg penuh hikmah, dan manifestasi cinta mrk kpd Allah yg sukar ditandingi dan diterjemahkan.

Amalan sufi Baginda itu terpapar pd akhlaknya yg tinggi atau Al Akhlakul Karimah seperti zuhud adalah merupakan SUNNAH WAJIB yg berkaitan amalan batin Rasulullah.Manakala SUNNAH SUNAT adalah suatu bentuk amalan rasulullah secara fizikal itulah yg byk ditiru oleh masyarakat islam pada hari ini.Sebab itulah ramai drpd mereka menempuh kehidupan penuh dgn kecelaruan dan tidak mencapai kebahagiaan hakiki.Sepatutnya mereka perlu menitikberatkan soal pendedahan amalan SUNNAH WAJIB terlebih dahulu berbanding SUNNAH SUNAT itu.Untuk memantapkan diri kita ttg rahsia SUNNAH WAJIB itu ada pada diri sifu iaitu Mursyid yg telah saya ceritakan lebih kurang dibawah itu.Maka oleh itu kalian carilah siapakah sifu yg dimaksudkan utk membantu kehidupan anda lebih konsisten.Baiklah,pengiktirafan Allah akan ketinggian akhlak pencinta rasulullah(sahabat-sahabat,ulamak dan wali-wali).Rentetan itu pengakuan allah terhdp rasulullah sendiri sudah jelas terpapar pd firman Allah di Surah Al-Qalam ayat 4: "Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) mempunyai budi pekerti yang teragung"

Allah juga ada memuji Rasulullah krn memiliki akhlak mulia dan menyeru manusia menuruti jejak langkah Baginda. Rasulullah saw sendiri sentiasa berpeluang memiliki kekayaan tetapi Baginda memilih suatu kehidupan yg sederhana dan didasari kemurahan hati dan sifat penyayang terhadap fakir miskin. Sifat mulia ini yg dimiliki oleh Nabi saw harus dijadikan contoh sesuai dengan firman Allah di Surah Al-Baqarah ayat 142. "Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam, umat yg adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul menjadi saksi atas perbuatanmu."

Kebanyakan para sahabat juga mengamalkan zuhud iaitu hidup dlm keadaan serba sederhana dan membelanjakan harta untuk anak yatim, orang miskin dan sebagainya demi kebajikan ummah. Istilah zuhud ini tidak seharusnya disalahertikan sebagai pengenepian atau tidak berperanan dlm soal keduniaan. Islam tidak sekali-kali melarang Muslimin mecari kekayaan.Malahan ia merupakan suruhan Allah  yg terdapat di Surah Al-Qasas ayat 77. "Dan carilah pd apa yg telah dianugerahkan Allah kepadamu untuk kebahagiaan di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan dunia dan berbuat baiklah kepada orang sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu."

Para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar Ash Shiddiq, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf merupakan niagawan(jutawan) yang berjaya dan kaya. Begitu pula Saidatina Siti Khadijah, isteri Rasulullah saw. Apa yang dituntut adalah memperlakukan harta itu untuk kemashlahatan peribadi, keluarga, dan ummah sehingga membantu tercapainya keadilan sosial.

Kita masih mendengar ungkapan Panglima tentera Muslim kepada Panglima Parsi:"Kami datang kepadamu dengan tentera yang mencintai kematian sebagaimana kalian mencintai kehidupan."

Sedarlah Panglima Parsi bahawa tentera seperti inilah yg tdk akan dikalahkan.Kita bandingkan dengan peperangan di zaman sekarang melawan Yahudi, semuanya berakhir dgn kekalahan. Kita tidak ragu bahawa penyebab utamanya adalah cintakan dunia semata-mat seperti cintakan dan tergila-gilakan pangkat, prestasi dan prestij, koleksi harta, membangun gedung-gedung mewah dan mencintai syahwat yg haram.Mengisi ruang hidupnya di dalam keseronokan yg tidak ada batasan.

Kekalahan demi kekalahan akan terus menimpa kita sebelum kita mencintai kematian, sebagaimana musuh mencintai kehidupan dunia yang Fana ini.  Dari itu tercapailah kemenangan. Tetapi hakikatnya ramai masyarakat islam takutkan kepada kematian,kerana mereka belum puas menikmati kehidupan dunia.Jadi oleh itu,belajarlah utk mencintai diri sendiri terlebih dahulu dan cuba mengenali diri sendiri serta cuba utk mengenali keagungan allah.Insyallah akan jumpa rahsia mencintai kepada kematian.

1 comment:

zakir932 said...

assalamualaikum....,

sehebat-hebat, sedahsyat-dashyatnya akal itu adalah lupa kerana ia lupa bahawa hanya dengan jln kematian akan bertemu Dia...

selemah-lemah, sehina-hina, sedhaif-dhaifnya akal itu adalah ingat kerana ia lemah pada mengingati negeri kecintaanya iaitu Lahut.