Thursday, February 25, 2010

APA MATLAMAT HIDUP 03....

Dalam perjalanan takdir hidup seseorang manusia, muncul lintasan hati melalui akal yang diterjemahkan oleh nafsu seperti kehendak dirinya kepada sesuatu.Akal itu dibahagikan kepada dua iaitu minda dalam sedar dan minda bawah sedar(separa sedar).Apa yg dimaksudkan dengan minda bawah sedar ini berkaitan dengan bab tajrid dan asbab dalam kehidupan kita.Jadi oleh itu saya ingin buka sikit tentang minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semulajadi tanpa kita sedar atau merasainya. Aktivitinya melibatkan kerjasama dengan dalaman(hati)iaitu menterjemahkan soal perasaan,emosi dan sebagainya.

Minda separa sedar juga bertugas secara terlatih apabila diri seseorang itu istiqamah dengan amalan zikir yang khusus. Minda separa sedar juga dapat mencetuskan idea-idea baru dan hebat.Ia juga dapat menyembuhkan dan menghalang penyakit. Kesan ini dianugerahkan melalui cahaya keimanan yg tidak disengajakan dan pancaran serta percikan cahaya itu bertali arus melalui sifu yang diredhai allah.Bakat-bakat diri digerakkan bagi mendapatkan apa yang dikehendaki itu. Biasa terjadi kekuatan bakat diri tidak mampu mendapatkan apa yg diingini. Kejadian seperti ini menambahkan kesedaran manusia kepada Pemilik sebenar yang berkuasa mengatasi hak yang ada pada pengguna.

Dengan demikian pengguna akan rasa bersyukur dlm menggunakan alat(tangan+kaki+pancaindera+akal) yang dipinjamkan kepadanya dan dia juga sentiasa ingat kepada Pemilik sebenar,melalui satu deria rasa hebat iaitu dalam istilah MUSYAHADAH,dirinya sentiasa berhajat kepadaNya dan tunduk kepada keputusanNya yang Mutlak.Manusia itu juga sedar bhw Pemilik sebenar blh mengambil balik apa yg dipinjamkanNya kepada hambaNya,pada bila-bila masa yang Dia kehendaki dan tiada siapa dapat menghalangNya.

Terjemahan kepada suasana beriman kepada Qada' dan Qadar allah bergantung kepada kedudukan seseorang. Orang yang didudukkan di dalam medan asbab(berusaha) perlu melihat kepada niat,doa,perjuangan, usaha, ikhtiar,tawakal dan bergembira menerima sebarang keputusan dan sebagainya dalam melaksanakan tuntutan imannya itu.Orang yang berada dalam medan tajrid(tanpa usaha) tidak melihat kepada perkara-perkara yang demikian. Mata hatinya tertutup daripada melihat kepada kekuatan dirinya dan bakatnya.

Walaupun seseorang itu berstatus pda rukun asbab atau tajrid, pasti ada sesuatu yang berlaku pada dirinya, ada perbuatan, perkataan dan lain-lain. Perkara yang berlaku pada ahli asbab(usaha)adalah serupa dengan yang berlaku pada ahli tajrid(tanpa usaha).contohnya utk membezakan antara keduanya seperti,bagi ahli asbab ada perbuatan memanjat pokok kerana mahu memetik buah kelapa.

Pada ahli tajrid juga ada perbuatan yang serupa. Ahli asbab melihat perbuatan tersebut sebagai perbuatan dirinya.Dia menggunakan bakat-bakat yang lahir bersama kelahirannya.Ahli tajrid melihat perbuatan tersebut sebagai takdirnya melalui mata hatinya yang dicorakkan melalui darjat iman dan aras kemantapan pegangan allah.

Takdir yang menggunakan bakat-bakat yang tersimpan pada dirinya. Oleh yang demikian, orang yang berada dalam medan asbab secara fikiran dan perasaannya, tidak seharusnya menggunakan hujah ahli tajrid untuk merombak kepercayaan kepada Qadak dan Qadar. Ahli tajrid pula tidak seharusnya menyalahkan huraian mengenai Qadak dan Qadar yang dibuat oleh ahli asbab dengan menggunakan fikiran dan perasaan asbab. Mengetahui kedudukan masing-masing boleh mengelakkan perbalahan yang tidak berkesudahan tentang Qadak dan Qadar.

Fitnah kehidupan seharian juga lebih banyak mengenai ahli asbab daripada ahli tajrid. Orang tajrid dipertahankan oleh perasaan redha dengan apa juga takdir yang menimpanya. Ahli asbab pula perlu bertahan dengan kepercayaan kepada hari akhirat. Beriman kepada Akhirat menjadi benteng yang mempertahankan ahli asbab daripada jatuh ke dalam jurang kemusnahan, sama ada kemusnahan pada jiwa atau pada akidah apabila berhadapan dengan kegoncangan yang berlaku pada kehidupannya.

Akhirat adalah pemisah di antara orang yang beriman dengan orang yang kafir.Di dunia ini orang yang beriman boleh mengadakan ikhtiar sebagaimana yang dilakukan oleh orang kafir, tetapi sering terjadi usaha orang kafir lebih mendatangkan keuntungan. Orang yang beriman mesti meyakini bahawa pengadilan di dunia tidak muktamad. Banyak daripada balasan baik untuk orang yang beriman disimpan di akhirat, bukan kerana Tuhan berkira dengan orang yang beriman tetapi kerana balasan yang Tuhan sediakan itu tidak layak dimuatkan di dalam dunia.

Dunia ini terlalu sempit untuk dimuatkan dengan balasan baik yang Tuhan sediakan untuk orang mukmin. Orang mukmin melakukan kebaikan dengan kekuatan rohani yang berunsur nur atau cahaya. Cahaya boleh meliputi ruang yang luas dan melintasi zaman. Cahaya daripada sebahagian bintang mengambil masa beratus tahun untuk sampai ke bumi dan ada pula bintang yang cahayanya tidak akan sampai ke bumi. Cahaya rohani manusia lebih latif(halus) daripada cahaya bintang.

Nabi Ibrahim yang mempunyai kekuatan rohani yang tinggi, berdoa kepada Tuhan agar Kaabatullah dikunjungi org bagi mengerjakan haji.Kekuatan doa Nabi Ibrahim yang timbul daripada rohani yang suci bersih itu menarik manusia berduyun-duyun ke Makkah, sehingga ke hari kiamat. Ruang yang ada dalam dunia ini tidak cukup memuatkan balasan kepada kebaikan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang hanyalah sepotong doa, belum dicampurkan dengan kebaikan-kebaikan yang lain. Ruang yang cukup luas bagi memuatkan balasan orang mukmin berada di akhirat. Oleh kerana orang mukmin perlu menunggu untuk mendapatkan balasannya maka Tuhan menggandakan balasan tersebut.

Keadaan orang kafir berbeza daripada orang mukmin. Orang kafir berbuat kebaikan bukan atas dasar beriman kepada Allah.Oleh itu tidak ada balasan kebaikan bagi mereka di akhirat. Balasan kebaikan orang kafir diselesaikan di dunia ini juga. Sebab itulah usaha mereka yang sedikit mendapat pulangan yang banyak. Tuhan sentiasa memberi lebih banyak daripada apa yang mereka usahakan supaya mereka tidak ada hak lagi untuk membuat tuntutan di akhirat.

Allah ciptakan manusia sebagai kekasihNya,hambaNya dan untukNya.Sebab itu hati hamba cenderung untuk kembali kepadaNya.Dia telah sediakan jalan kembali kepadaNya.Itulah jalan yang lurus.Orang yang mengikuti jalan yang lurus bertindak sesuai dengan tujuan dia diciptakan dan citarasanya yang asli. Apabila tujuan, tindakan dan citarasa bersepakat akan lahirlah kedamaian dalam hati.

Kesejahteraan hati diperolehi di atas jalan yang lurus.Jika seseorang hamba lari dari jalan yang lurus hatinya akan memberontak. Akibatnya dia tidak akan merasakan kedamaian. Dia akan merasakan kekosongan di dalam jiwa. Rasa kekosongan itu menggerakkannya mencari tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang dicarinya. Ketidak-pastian yang menguasainya membuatnya mencari menurut sangkaan.

Sangkaan tidak menemukannya dengan yang sebenarnya dicari. Bila pencarian berlaku di luar daripada sempadan yang lurus yang ditemui hanyalah bayangan. Bayangan tidak membawa kebahagiaan yang sejati.Harta kekayaan, pangkat kebesaran dan lain-lain yang digunakan bagi mencari di luar daripada sempadan jalan yang lurus hanya memberi pulangan yang sia-sia. Hanya jalan yang lurus boleh membawa hamba kepada kebenaran yang dicari. Pada jalan yang lurus, harta dan pangkat akan mendatangkan keberkatan kepada dirinya dan memberi manfaat kepada makhluk Tuhan. Segala pemilikan menjadi alat bagi mendptkn keredhaan Allah,berbakti kepadaNya dan membantu makhluk-Nya.

Bila tindakan dibuat sesuai dengan peraturan jalan yang lurus hati akan menjadi damai dan sejahtera. Tiada lagi pemberontakan dan tiada lagi kekosongan.

Suka, duka, senang, susah, bahagia, celaka dan semuanya ditanggung oleh hati kerana hati yang memerintah sekalian anggota dan hati yang membuat keputusan dan pilihan. Hati perlu diperkuatkan agar ia dapat membuat pilihan yang baik dan benar dan mengawal anggotanya daripada lari ke jalan yang tidak lurus. Kekuatan hati boleh dipertingkatkan dengan amalan zikir. Hati perlu dibenamkan ke dalam suasana zikir sebanyak mungkin. Kekuatan zikir hati menyata sebagai zikir anggota. Bila anggota sudah dikuasai oleh zikir ia tidak lagi keluar daripada jalan yang lurus.

Perjalanan kehidupan harian perlu dilakukan dalam suasana hati yang mengingati Allah iaitu zikir.Seseorang itu perlu berzikir ketika berjalan, memandu, memasak, berbaring dan pada semua keadaan. Kepenatan bekerja perlu direhatkan dengan zikir. Biar roh zikir menguasai semua aktiviti kehidupan. Berjalan ke bilik mesyuarat dengan zikir, bagi memperolehi keberkatan pada semua keputusan yang akan dibuat nanti.Semasa duk bersendirian menonton televisyen pun masih boleh berzikir,semasa makan pun boleh berzikir,bersama isteri pun boleh berzikir,bergurau senda dengan anak-anak pun boleh berzikir. Menunggu kapal terbang sampai dengan berzikir, menaiki kapal terbang dengan zikir dan turun dari kapal terbang juga dengan zikir.Jika seseorang itu dicabut nyawanya maka dia ‘keluar’ bersama ingatan kepada Allah.

Selain daripada melakukan zikir beserta kegiatan harian, zikir perlu juga dibuat secara khusus, terutamanya pada waktu malam, setelah segala kegiatan harian berakhir. Zikir secara khusus memudahkan zikir secara perbuatan dan perkataan dalam kehidupan harian.

Zikir mengubah suasana hati,akal dan roh.Perjalanan kehidupan harian mengubah kerohanian tanpa mengubah penghidupan harian. Orang masih boleh bekerja, menjaga isteri dan anak-anak serta berkhidmat kepada masyarakat. Bila tidak ada perubahan yang mendadak tidak ada pula kegoncangan yang mencabar iman. Dunia dan akhirat menjadi seimbang dalam matlamat hidupnya.Takwa (memelihara batasan yang ditentukan Tuhan) menjadi suluk. Perkataannya menjadi zikir, perbuatannya menjadi zikir dan perasaannya juga zikir.

Roh amal bagi matlamat kehidupan harian adalah ikhlas. Apabila seseorang sudah berjaya mencapai darjat yakin+harap dan ikhlas dalam menjalani kehidupannya dengan mematuhi perintah Tuhan, sesungguhnya dia sudah memperolehi NIKMAT YANG SANGAT BESAR.

Dia sudah berjaya mengikuti kehidupan para waliyullah,sahabat-sahabat dan Rasulullah s.a.w.





5 comments:

zakir932 said...

assalamualaikum.....,
namu ku zakir aku ingin berzikir, aku cuba berfikir, zikir apakah yang afdal terukir bagi zakir....
segala yang ku zikir satu persatu kian tersingkir...mengapa begitu terjadi wahai tuan....


ado email utk mu

afzam5607 said...

Waalaikumusalam...

Namamu adalah zakir,hidupmu byk berfikir sehinggakan tidak tahu berzikir,sudah sekian lama kau masih lagi berfikir,kerana hatimu terukir dengan seribu tahun fakir dengan ilmu, yang afdal terukir bagi zakir adalah mencari sifu yang berada jauh diseberang takir......heheheh!!!
segala yang kau zikir satu persatu kian tersingkir...kerana namamu tidak terukir dibawah naungan perjalanan auliya' lagi......

sebab itulah segala sifat2 kikir yg ada dalam dirimu masih belum dibuang lagi oleh sifu..

zakir932 said...

sambut salam dari hati yang dalam. aku berjalan menerjah alam dalam kelam aku menerkam. segala jawapan telah kau selam. di dalam diri aku terpalam memohon tolong rapikan perjalanan ku semalam.

afzam5607 said...

huhuhuhuh!!!makan nasi dgn gulai ayam,ditmbh sambal belacan dicicah ngan ulam,kalau jawapan sudah kalu selam,dimintak bgn malam,buat solat hajat memohon qalam.....

di dalam hidup perlu rajin untuk menyelam,mencari diri yg selalu berada dalam kelam,bila sudah menemui kecacatan diri yg suram, nescaya dirimu akan tenggelam di dalam lautan segala maqam.

zakir932 said...

ya allah , ya allah, ya allah hu ya allah