Tuesday, January 26, 2010

KENAPA PERLU FIKIR KEBELAKANG?


Assalamualaikum...salam bahagia,salam ceria buat sidang ahli ziarah blog semua.Hari ini saya tertarik nak bercerita tentang ANJAKAN PARADIGMA....ORANG YANG BERAKAL..DAN MINDA PENCIPTA. kisah ini sebenarnya tercipta disebabkan semalam saya telah menemui beberapa orang kawan dan dalam beberapa situasi yang berbeza dan masa pun tidak sama....disebalik berbual mesra dengan mereka, saya dapati hasil pemikiran mereka yang saya dapat simpulkan di antara keempat orang yang saya temui itu...

Setiap falsafah hidup manusia,saya rungkaikan bahawa 90% pemikiran manusia lebih suka berfikir dan mengingati kisah-kisah lampau dan suka melihat kebelakang. Kesan,akibat dan risiko yang ditanggung oleh mereka disebabkan kegagalan mereka tempuhi dalam kehidupan...sehinggakan kesukaran dan kegagalan hidup mereka menjadi satu tekanan,satu fobio dan takut untuk mencuba lagi....sedangkan setiap saat dia melalui kehidupannya adalah bermula dari lahir lagi sampailah sekarang pun masih tidak putus-putus dengan risiko hidup.

Contoh senang yang ingin saya ingin bawakan adalah tentang dunia perniagaan...memandangkan trend di malaysia...ramai yang sudah celik mata dan berebut2 peluang untuk mengaut keuntungan di dalam bidang MULTILEVEL MARKETING, dunia perniagaan membina rangkaian, ada diantaranya ramai yang berjaya, ramai yang jadi jutawan dan ramai jugak yang gagal....Oleh kerana setiap bidang yang direbutnya sering menemui kegagalan...setengahnya tertipu,ditipu dan dipaksa untuk menipu...kerana dia tidak tahu bahawa dia tertipu....Akhirnya ia membuat keputusan untuk hidup "CUKUPLAH APA YANG ADA" dan menanamkan pemikiran yang negatif memanjang dalam hidupnya....

Permainan jiwa dalamannya berlagu seperti ini: "Kalau aku masuk bisnes ni...nanti aku akan gagal pula....
nanti aku rugi pulak,isk isk isk...kan aku akan tertipu lak.....lama kan aku akan jadi orang yang terakhir... Adakah syarikat ini boleh bertahan lama?....ada lesen tak syarikat ini?,kerajaan lulus tak syarikat ini?adakah orang lain akan turut menyertainya......dari mana duit syarikat akan dapat bayar bonus?rasanya tiga bulan dah lingkup syarikat ni.......ini menipu ni!!!!alaaa..kalau aku tak join kan, nanti rugi pulak....isk isk isk...adakah orang akan percayakan aku lagi erk?....orang beli ker produk yang mahal mcam ni?.ada tak orang akan akan ikut aku?.....kalau syarikat ni tipu...macamana pula dengan kehidupan aku di dalam masyarakat".......

Anggapan dan andaian seperti inilah yang akan merosakkan jiwa dan hidupnya,tambahan pula dia akan hilang pertimbangan dirinya dan hilang pegangan asas agama yang baik serta akan mencorakkan dirinya dengan sifat- sifat yang buruk(sifat-sifat tercela).Begitu juga keyakinan diri menjadi suram serta tidak ada susun jalur seperti berniat-berdoa-berusaha-bertawakal-redha dengan ketentuan allah serta bergembira menerima keputusan dari kehendak allah samada memberi kebaikan kepadanya atau keburukan....

Andai kata sesebuah negara seperti amerika,jepun,myammar,indonesia yang sering berhadapan dengan BENCANA ALAM Setiap tahun.....tapi adakah negara-negara tersebut MENGHENTIKAN PEMBANGUNAN MEREKA DAN MEMAJUKAN NEGARA MEREKA?Tapi mereka tetap bertahan dan sering berfikir dan mencari jalan sebaik mungkin untuk terus maju......Kalaulah pemikiran Orang-orang yang bukan beragama islam dapat memikirkan perkara-perkara kedepan, kenapa pula kita sebagai seorang islam yang berakal dan mempunyai kekuatan dalaman serta yakin dengan ketentuan allah,tapi ada juga ala-ala ketakutan untuk MAJU?

Memang betullah apa yang dikatakan orang-orang tua dahulu...memikirkan kebelakang itu adalah untuk dijadikan sebagai tauladan dan pedoman dan hidup penuh dengan berhati-hati.......tapi masalahnya,kita Hanya pandai berwaspada akhirnya makan diri sendiri.....mcmanan untuk kita mencipta suatu yg luarbiasa tu???tengok-tengoklah dalam tajuk dibawah yang ada gambar otak.

Cuba kita renungkan dan berfikir sejenak.....kita Kembali kepada soal risiko. adakah hidup kita tidak perlu menempuh risiko? Sejak hari pertama hendak dilahirkan sudah ada risiko -- antara hidup dan mati.Ada yang berimpian ingin pergi berperang melawan musuh-mush agama dan berharap bahawa dia akan mati syahid...tapi dia Tak mati juga di medan perang, dia boleh mati di rumah.

Macam kisah-kisah pelik yang berlaku di malaysia contohnya mati dalam kemalangan dijalan raya....mati digigit nyamuk...mati disebabkan denggi...Siapa sangka?. Nampaknya risiko ada di mana-mana. Daripada lari ketakutan lebih baik berhadapan. Dalam perkara yang nak diceburi sudah tentu perlu ada persiapan sebelum terjun. Kalau dah tahu tak boleh berenang kenapa terjun tanpa apa-apa alat.

Namun kita tak perlu tunggu  dulu kalau peluang baik dan peluang yang begitu besar dihadapan kita pastu kita tak perlu kena faham, kena khatam semua ilmu dan kena sempurna zahir batin baru kita hendak bermula.. kita tengoklah jutawan2 negara...mcamana perjalanan hidup mereka adakah mereka banyak bertanya dan banyak mencipta alasan........macamana perjalanan hidup wali-wali, nabi-nabi dan alim ulamak...Bagi yang nak tunggu perfect tu biarkan mereka dan yang nak tunggu Hebat serba tahu.

Bagi saya tidak ada apa-apa yang sempurna dalam dunia ini. Yang sempurna HANYA MILIK ALLAH DAN AKAN DIBERIKAN KEPADA SESIAPA YANG DIA SAJA SUKA-SUKA NAK PILIH.

Hidup Di dunia semuanya berisiko dan tidak sempurna.Hidup didunia juga penuh dengan Sifat tamak,
keji,hina,jahat,celaru....dan tidak akan hilang sifat semulajadi Dunia dimata manusia.....Hanya orang yang berakal dan berfikiran untuk maju dan kaya dan bahagia saja yang melihat dan terus menerus melangkah demi langkah menongkah arus perdana. Teruskan pendakian. Tak perlu pandang belakang.

Akhir kata saya memetik kata-kata Ringkas dari pemilik blog yang berjiwa besar dan berpengalaman iaitu pensyarah yang saya hormatinya yang bernama md noordin abu bakar,pensyarah USM PULAU PINANG.blognya:http://tquick.blogspot.com/, "minda kaya ialah minda segar yang mencipta peluang. Minda yang mempunyai agenda besar. Minda yang melahirkan idea. Minda yang tidak kenal apa itu risiko. Itulah fitrah kejadian manusia."

1 comment:

afzamiziey said...

Terima kasih tak terhingga juga buat sahabat saya bujang susah kerana sudi memberi kata-kata semangat dan suntikan sokongan utk saya meneruskan perjuangan memartabatkan penulisan....

insya allah, dari semasa ke semasa saya akan follow blog-blog yang menarik minat hati saya serta secocok dengan idea saya. semoga kita berjumpa dan berinteraksi dari setiap masa....aminnnn!!!!!!!!